BEIJING, 28 Julai — Presiden China Xi Jinping akan menghadiri acara perasmian Sukan Universiti Musim Panas Dunia (Universiade) yang ke-31 di Chengdu hari ini.

Difahamkan, beliau turut akan mengadakan majlis jamuan untuk menyambut kedatangan pemimpin negara-negara luar, serta mengadakan sesi pertemuan dua hala.

Pada Universiade edisi kali ini, menyaksikan seramai 99 peratus mereka yang terlibat dalam persembahan kesenian dan sukarelawan untuk majlis perasmian terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi.

Untuk Universiade Chengdu, para atlet akan menyertai pertandingan dalam 269 acara dari 18 kategori.

Pada masa sama, beberapa aktiviti pendidikan dan kebudayaan seperti Persidangan Akademik Dunia FISU juga akan diadakan untuk mempergiat pertukaran antara atlet pelajar universiti China dan atlet pelajar universiti dari pelbagai negara dan kawasan di seluruh dunia.

Kumpulan Media China (CMG) akan menghantar seramai 2,500 wartawan untuk membuat liputan pelbagai acara Universiade, melaporkan keseluruhan acara 269 pingat emas, selain menyediakan perkhidmatan media dan isyarat awam antarabangsa dengan piawaian 4K penuh.

Ia juga kali pertama badan media China bertugas untuk menyediakan perkhidmatan penyiaran utama Sukan Universiti Dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here