TOKYO, 1 Ogos – Panas melampau terus melànda Jepun pada Isnin, dengan suhu mencecah 35 darjah Celsius pada waktu pagi di banyak kawasan di timur dan utara negara itu.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memaklumkan pada 11.00 pagi waktu tempatan, suhu telah mencecah 37.7 darjah di Bandar Hatoyama di wilayah Saitama, dekat Tokyo; 37.1 darjah di Date City di Fukushima, dan 35.1 darjah Celcius di tengah Tokyo.

Pegawai mengeluarkan amaran risiko strok haba di Tokyo, Kyoto dan 17 wilayah lain.

JMA memaklumkan atmosfera dijangka tidak stabil di utara dan timur Jepun hingga Selasa berikutan kemungkinan kilat, tiupan, hujan batu dan hujan lebat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here