BEIJING, 2 Ogos – Beijing mengalami hujan paling lebat dalam tempoh 140 tahun.

Menurut pejabat meteorologi bandar itu, sebuah daerah di Beijing merekodkan 744.8 milimeter hujan antara petang Sabtu dan pagi Rabu.

Rekod sebelum ini ialah 644 milimeter yang dicatatkan semasa ribut pada tahun 1891.

Hujan lebat luar biasa yang dicetuskan oleh ribut tropika Doksuri itu turut mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang di Beijing dan wilayah Hebei sejak Sabtu. Lebih sedozen lagi mangsa masih hilang sehingga Rabu.

Jalan raya dinaiki air banjir dan disaluti lumpur, selain banyak kereta turut dihanyutkan.

Pakar memberi amaran bahawa perubahan iklim akan mengakibatkan keadaan seperti itu boleh berlaku dengan lebih kerap dan lebih teruk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here