BEIJING, 7 Ogos — Persatuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) memaklumkan Indeks Logistik E-niaga China meningkat pada Julai, dengan catatan sebanyak 110.9 mata.

Menurut data  yang diumumkan pagi tadi, indeks itu terus menyaksikan kenaikan sebanyak 0.3 mata peratusan berbanding Jun lalu.

Memetik CFLP, peningkatan itu didorong oleh prestasi baik indeks pihak pembekalan seperti kecekapan logistik, serta kadar termasuk kepuasan, pelaksanaan kontrak dan tenaga manusia.

Pada Julai, jumlah logistik e-niaga dan jumlah e-niaga di kawasan desa direkodkan menurut sedikit susulan tamatnya kempen promosi pembelian e-niaga.

Namun, potensi keperluan masih berada pada momentum yang kuat apabila berjaya mengekalkan peningkatan pada kadar 20 dan 25 peratus.

Pengarah Pusat Informasi Logistik China (CLIC), Liu Yuhang, berkata kedinamikan operasi syarikat dilihat baik, terutama pada sesetengah sektor penting seperti penggunaan kehidupan harian penduduk.

Laporan Data Biro Statistik Nasional menunjukkan jumlah jualan runcit dalam talian mencatat RMB6.1 trilion (RM3.86 trilion) pada separuh pertama 2023, meningkat 10.8 peratus  berbanding tempoh sama tahun lalu, sekali gus menduduki 26.6 peratus dalam jumlah keseluruhan jualan runcit produk penggunaan masyarakat.

Keperluan logistik e-niaga yang terus menaik secara stabil serta pelaksanaan pelbagai dasar untuk merangsang penggunaan, Indeks Logistik E-niaga dijangka terus meningkat pada bulan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here