PUTRAJAYA, 13 Ogos – Pakatan Harapan (PH) telah memperolehi majoriti mudah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada Sabtu untuk terus menerajui Selangor, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media di sini pada Sabtu memaklumkan PH telah memenangi 29 daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di Selangor setakat pukul 11.31 malam.

“Dengan ini ia berjaya memperolehi suatu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan,” katanya.

Selangor merekodkan peratusan keluar mengundi sebanyak 65 peratus, setakat pukul 4 petang pada Sabtu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei 2018, PH membentuk kerajaan negeri setelah memenangi 51 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here