ISTANBUL, 28 Ogos – Perancis merancang untuk mengharamkan abaya, pakaian panjang labuh yang dipakai oleh wanita Islam, di kawasan sekolah.

Gabriel Attal memberitahu penyiar TF1 bahawa kerajaan merancang menyediakan “peraturan jelas” mengenainya kepada pegawai sekolah di seluruh negara.

Attal juga berkata beliau akan berbincang dengan pentadbir sekolah mulai minggu depan untuk membantu mereka menguatkuasakan larangan pemakaian seperti jubah yang menutup seluruh badan.

Keputusan itu adalah yang terbaharu dalam pelbagai sekatan ke atas pakaian umat Islam di Perancis, dengan pengkritik mendakwa kerajaan mensasarkan masyarakat Islam menerusi dasar dan kenyataan, termasuk oleh Presiden Emmanuel Macron bahawa agama itu “menghadapi krisis”.

Masjid dan badan amal turut diserbu selain melaksanakan undang-undang “anti-pemisahan” yang mengenakan sekatan secara meluas terhadap masyarakat Islam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here