BEIJING, 29 Ogos — Laporan gerak kerja untuk memastikan jaminan makanan telah diserahkan oleh Dewan Negara China pada Isnin kepada Sesi kelima Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 untuk dibincangkan.

Laporan itu mengemukakan cadangan untuk memastikan jaminan makanan dalam lapan aspek bagi memperhebat sistem keselamatan dan jaminan makanan serta meningkatkan pembinaan kapasiti.

“Usaha diperlukan untuk melaksanakan undang-undang bagi memastikan jaminan makanan yang cekap dan menggalakkan penggubalan Undang-undang Jaminan Keselamatan Makanan serta Undang-undang Perlindungan Tanah Pertanian.

 “Usaha juga perlu dijalankan untuk menjaga tanah pertanian seluas 120 juta hektar.

“Selain itu, perlindungan dan penggunaan sumber germplasma pertanian juga perlu dipertingkat, serta melaksanakan secara menyeluruh projek pembiakan biologi pertanian bagi memastikan spesies bijirin China terpelihara,” memetik laporan itu.

Antara lain yang dicadangkan oleh laporan itu adalah untuk menggalakkan lebih banyak dana pertanian digunakan bagi memastikan bekalan bijirin mencukupi di kawasan pengeluaran bijirin utama.

Pengeluaran bijirin tahunan China mencecah 650 bilion kilogram (kg) selama lapan tahun berturut-turut.

Sementara itu, jumlah pengeluaran bijirin menokok 686.55 bilion kg pada tahun lepas, manakala jumlah pengeluaran makanan per kapita mencatat 486.1 kg, jauh melebihi garis keselamatan bahan makanan antarabangsa iaitu 400 kilogram per kapita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here