TOLEDO, 31 Ogos – Menteri luar Kesatuan Eropah (EU) berada di bandar Toledo di Sepanyol pada Khamis untuk membincangkan sokongan berterusan kepada Ukraine terhadap pencerobohan Rusia selain rampasan kuasa di Niger.

Sekatan ke atas junta Niger dan organisasi yang menyokong mereka akan diteliti selepas menerima desakan dari Jerman dan Perancis serta cadangan daripada diplomat tertinggi EU Josep Borrell.

Menambah ketidakpastian kepada kestabilan politik di Afrika, ketika EU mengkaji semula pendekatannya kepada wilayah Sahel, Gibon, di selatah wilayah itu pula mengumumkan rampasan kuasa pada Rabu.

Menjelang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78 dan Sidang Kemuncak G20 di India, menteri luar EU juga akan membincangkan kempen diplomatik Ukraine untuk menamatkan pencerobohan Rusia, bersama rakan sejawatan mereka dari Ukraine Dmytro Kuleba.

Ukraine dan sekutunya bimbang kerana India tidak menjemput Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky ke Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) itu.

Pada Sidang Kemuncak G20 di Bali Indonesia tahun lepas, Ukraine menjadi agenda utama. Zelensky membuat kemunculan melalui panggilan video dan membentangkan pelan damai 10 perkara di sana buat kali pertama.

Antara lain, Zelensky menggesa Rusia mengundurkan tentera penceroboh dari Ukraine, pembebasan semua rakyat Ukraine, dan tribunal khas untuk membicarakan pemimpin Rusia terhadap pencerobohan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here