BEIJING, 1 Sept – Menteri Luar China Wang Yi menzahirkan ucapan tahniah kepada rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena Hari Kemerdekaan ke-66 Malaysia yang disambut pada hari ini.

Wang berkata China dan Malaysia merupakan jiran bersahabat secara tradisinya. Perkembangan hubungan kedua-dua negara sentiasa diberi keutamaan dalam dasar luar China.

Menurut beliau, konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara mengenai pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia turut menunjukkan hala tuju pembangunan ikatan bilateral pada fasa seterusnya.

Wang meluahkan kesediaan untuk mengekalkan kolaborasi rapat dengan Zambry ke arah memperkukuh kerjasama pragmatik kedua-dua negara serta memperhebat penyelarasan dalam urusan antarabangsa dan serantau, sekali gus melonjakkan hubungan bilateral ke tahap baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here