SHANGZHI, 8 Sept – Presiden China Xi Jinping pada Khamis melawat kampung Longwangmiao di mukim Laojieji, serta bertemu penduduk kampung yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.

Beliau turut diberi taklimat mengenai kerja-kerja pembangunan semula yang sedang dijalankan di kawasan yang terjejas.

Susulan itu, Xi menzahirkan harapan agar semua pihak supaya memperkukuh keyakinan dan mengatasi apa jua kesukaran untuk memastikan aktiviti kehidupan penduduk dapat kembali seperti biasa secepat mungkin. 

Bandar Shangzhi yang terletak di Harbin, timur laut China dilanda banjir dahsyat selepas taufan Doksuri membadai negara ini pada Ogos lepas.

Menurut statistik, sejumlah 79,000 individu daripada 28,500 keluarga terjejas, dengan sebanyak 4,984 rumah rosak dan ladang seluas 27,640 hektar terjejas.

Pada masa ini, kerja-kerja pembangunan semula sedang giat dijalankan.

Di kampung Longwangmiao yang terletak di barat daya bandar Shangzhi, dilaporkan sebanyak 58.8 peratus ladang dilanda bencana dan turut mengakibatkan sejumlah 145 buah rumah rosak.

Presiden Xi turut meninjau kawasan sawah untuk melihat sendiri kerosakan padi, selain meninjau kawasan perumahan yang terjejas.

Xi berkata pihak kerajaan akan memberikan bantuan yang sewajarnya  dan berharap kerja-kerja pembangunan semula dapat dilaksanakan dengan lancar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here