SHANGHAI, 13 Sept — Pelabuhan di China mengekalkan tempat teratas dalam kapasiti pengendalian kargo dan kontena, kata Kementerian Pengangkutan (MOT).

Antara 10 pelabuhan antarabangsa dengan truput kargo dan kontena paling tinggi di dunia, China masing-masing mempunyai lapan dan tujuh pelabuhan yang tersenarai.

Dari segi pembangunan pintar pula, China kini mempunyai 16 terminal kontena automatik dan terdapat lebih 10 lagi yang masih dalam proses pembinaan.

Menurut MOT, rangkaian perkhidmatan pengangkutan laut terus dioptimumkan apabila ia diperluas sehingga melibatkan semua negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

China turut mendahului Greece menjadi negara pemilik kapal terbesar di dunia, dengan keseluruhan tanan sebanyak 249.2 juta GT.

“Perkhidmatan pengangkutan laut menyumbang kira-kira 95 peratus daripada keseluruhan hantaran dagangan luar China.

“Ia memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan, kestabilan dan kelancaran rantaian bekalan dalam dan luar negeri,” kata pegawai kanan MOT, Gao Haiyun dalam sidang media menjelang North Bund Forum.

Forum mengenai perkapalan antarabangsa itu dijadual berlangsung di Shanghai bermula 22 hingga 24 September.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here