KUCHING, 17 Sept – Sarawak telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Kongres dan Pameran Air Sedunia Persatuan Air Antarabangsa (IWA) pada 2028. 

Perkara itu diumumkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam ucapan beliau pada sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Stadium Perpaduan, di sini malam ini.

“Saya gembira untuk mengumumkan Sarawak mencipta sejarah hari ini, Kuching telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada  Kongres dan Pameran Air Sedunia Persatuan Air Antarabangsa (IWA) pada 2028 selepas membida untuk acara itu di Bordeaux, Perancis.

Sememangnya ini adalah satu lagi pencapaian penting terutamanya ketika sambutan ulang tahun ke-60 Hari Malaysia dan membanggakan rakyat Malaysia,” katanya.  

Abang Johari berkata kongres berkenaan dijangka menarik 10,000 peserta dari 80 negara dan ia akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).  

“Kongres ini juga dijangka menjana hasil ekonomi (untuk kedua-dua Sarawak dan Malaysia), ini juga akan meletakkan Sarawak sebagai sebuah hab dalam industri air sejagat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here