KUALA LUMPUR, 27 Sept – Falsafah Madani tidak boleh menjadi mampan sekiranya Malaysia hanya melihat semata-mata dari segi perubahan atau transformasi teknologi tanpa diiringi dengan prihatin dan ihsan untuk memastikan setiap rakyat di negara ini diberi peluang menikmati kesalinghubungan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ia bukan hanya soal teknologi tetapi untuk memastikan setiap rakyat daripada setinggan bandar atau miskin bandar hingga ke kawasan terpencil di Sabah atau Sarawak mesti diberi peluang dan akses serta kesalinghubungan.

“Jika tidak, pada fikiran saya, ia tidak mampan,” katanya pada ucapan penutup Sidang Kemuncak Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) Malaysia 2023 anjuran Huawei Technologies (M) Sdn Bhd hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here