BEIJING, 16 Okt – Presiden China, Xi Jinping ketika mengadakan tinjauan di provinsi Jiangxi baru-baru ini mengatakan bahawa pihak-pihak berkaitan perlu memfokuskan misi teras Parti pada era baharu dan dalam perjalanan baharu, melaksanakan konsep pembangunan baharu dengan lengkap dan tepat, memahami kedudukan Jiangxi dalam pembentukan paradigma pembangunan baharu, memanfaatkan keunggulan dan kelebihan Jiangxi, menumpukan pembangunan bermutu tinggi, pembangunan hijau dan pembangunan rendah karbon, membuka minda, berani menjalankan inovasi, berusaha menjadi contoh baik dalam pembangunan di kawsan tengah China, mencapai kemajuan dalam pembangunan Jalur Ekonomi Sungai Yangtze, sehingga menulis bab baharu Jiangxi dalam modenisasi ala China.

Beliau mengatakan, pihak-pihak berkaitan perlu memberi keutamaan kepada pertanian dan pembangunan kawasan luar bandar, mempercepat pembangunan modenisasi pertanian dan kawasan luar bandar, menjamin keselamatan bahan makanan, mendorong perindustrian pertanian, dan memperkasakan pembangunan kawasan luar bandar secara komprehensif. 

Xi menegaskan bahawa memastikan penduduk di kawasan terpencil dapat berkongsi hasil pembaharuan dan pembangunan serta menjalani kehidupan yang sejahtera merupakan misi asas bagi mewujudkan kemakmuran bersama seluruh rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here