KUALA LUMPUR, 18 Okt – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti sebanyak 5,648 hotspot kawasan berisiko banjir di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Nor Hisham Mohamad berkata secara keseluruhannya ia meliputi 121 daerah dan Sarawak merekodkan kawasan tertinggi dengan 1,066 hotspot, diikuti Sabah (798), Pahang (750), Johor (745) dan Selangor (731).

“Kesemua kawasan hotspot yang diguna pakai JBPM itu diperoleh daripada Jabatan Pengairan dan Saliran sebagai agensi yang mengeluarkan statistik kawasan berisiko banjir.

“Jumlah itu diperoleh berdasarkan insiden yang berlaku sejak tiga tahun ke belakang. Ada negara yang menggunakan garis masa lima tahun dan 10 tahun ke belakang, tetapi Malaysia mengguna pakai garis masa tiga tahun ke belakang,” katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan bahawa Monsun Timur Laut dijangka bermula November tahun ini hingga Mac tahun hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here