BEIJING, 5 Dis – China pada Isnin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta dari dalam dan luar negara.

Seminar itu antara lain turut membincangkan mengenai semangat Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia, pengalaman China dalam pembangunan hak asasi manusia serta trend perkembangan sejagat dan cabaran yang dihadapi dunia.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia pada 10 Disember 1948. 

Para peserta seminar kali ini sependapat bahawa China turut memainkan peranan penting dalam deklarasi itu dengan aktif menyertai, mempromosi dan mempraktikkan deklarasi berkenaan sejak 75 tahun yang lalu.

Mereka menyatakan bahawa China meletakkan jaminan hak asasi manusia antara keutamaan dalam tadbir urus negara, memasukkan artikel “negara menghormati dan menjamin hak asasi manusia” dalam perlembagaan dan berjaya mengeluarkan kira-kira 100 juta penduduk di luar bandar dari belenggu kemiskinan.

Pada masa sama, China telah membina sistem pendidikan, jaminan sosial dan kesihatan yang meliputi populasi paling banyak di dunia, mengembangkan demokrasi rakyat seluruh proses, menyempurnakan jaminan perundangan hak asasi manusia dan aktif menyertai tadbir urus hak asasi manusia global.

Menurut para peserta China juga mempraktikkan hak asasi manusia dunia dengan tindakan konkritnya sehingga menawarkan ‘sampel China’ kepada dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here