Majlis pelancaran kerjasama media China-Vietnam pusingan terbaharu diadakan di Hanoi, Vietnam pada Isnin, sempena lawatan Presiden China Xi Jinping ke negara jiran itu.

Presiden Kumpulan Media China (CMG) Shen Haixiong dalam ucapan videonya berkata, tahun ini genap sepuluh tahun penganjuran Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Dalam sedekad lalu, China dan Vietnam meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang, di samping itu muncul banyak cerita menarik dalam persahabatan kedua-dua negara. 

“CMG akan berusaha bersama dengan rakan-rakan media dari Vietnam, menyaksikan peningkatan persahabatan kedua-dua negara dan menggalakkan pertukaran dua hala, supaya mendorong kerjasama China-Vetnam membuahkan hasil yang lebih besar,” kata Shen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here