TOKYO, 17 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan empat bidang kerjasama bagi memperluas dan memperdalamkan koloberasi dalam ASEAN, untuk memperkasakan rakyatnya supaya berdaya tahan dan lebih mampu menangani cabaran masa depan.

Beliau menjelaskan kepada pemimpin ASEAN dan Jepun selaku tuan rumah Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun di sini, empat bidang itu ialah Kesihatan Awam, Pengawalan Iklim, Pengurusan Bencana dan pertukaran Rakyat dengan Rakyat.

Anwar berkata belajar daripada pandemik COVID-19, ASEAN dan Jepun mesti terus berwaspada terhadap krisis kesihatan masa hadapan.

Dalam hal ini, ketika rantau ini bergerak ke arah mengoperasikan Pusat ASEAN untuk Kecemasan Kesihatan Awam dan Penyakit Memuncul beliau berkata Malaysia mencadangkan agar Negara Anggota ASEAN dan Jepun menempatkan penyelidik di pusat itu.

“Kita harus mengumpulkan penyelidik daripada pelbagai latar belakang, pengalaman dan pengetahuan, bagi membentuk satu pasukan yang boleh membantu menangani cabaran kesihatan masa hadapan dengan lebih baik,” katanya dalam ucapannya semasa Agenda 3 bertemakan Heart to Heart Partners Across Generations.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here