BEIJING, 27 Jan – Para saintis China berjaya mencipta peralatan miniatur yang mampu mengukur tahap oksigen di dalam otak, penemuan yang memberi harapan ke arah usaha memantau penyakit melibatkan otak manusia.

Peranti implan tersebut, bersaiz kira-kira 300 mikron diameter, mempunyai pengesan dan mengeluarkan cahaya dibaluti filem pendarflour yang sensitif kepada oksigen, menurut laporan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Photonics minggu ini.

“Apabila hypoxia berlaku di dalam otak, alat tersebut akan menyalakan cahaya,” kata Sheng Xing, salah seorang penulis kajian yang juga professor madya di Universiti Tsinghua.

Alat tanpa wayar itu disahkan efisyen selepas pemantauan oksigen secara berterusan dilakukan ke atas haiwan hidup seperti tikus.

Penemuan its dijangka membuka lembaran baharu kepada penjagaan kesihatan bagi pesakit sawan, ketumbuhan otak dan trauma, menurut Sheng.

Kajian tersebut dijalankan oleh penyelidik-penyelidik dari Universiti Tsinghua dengan kerjasama institusi penyelidikan lain di China termasuk Hospital Xuanwu dan Institut Teknologi Beijing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here