Israel digesa menghentikan tindakan ketenteraan dengan segera, mengelakkan kecederaan dan kematian penduduk awam dan mencegah berlakunya malapetaka kemanusiaan yang lebih teruk di Rafah.

Gesaan itu dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar China ketika menyentuh mengenai serangan udara besar-besaran yang dilancarkan Israel terhadap bandar Rafah di selatan Gaza, pada Selasa.

Jurucakap itu berkata, China prihatin terhadap perkembangan situasi di Rafah dan menentang segala tindakan yang menjejaskan penduduk awam dan melanggar undang-undang antarabangsa.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here