NEW YORK, 15 Feb – Selepas lebih 60 tahun, Cuba dan Korea Selatan akhirnya menyambung semula hubungan diplomatik.

Pemulihan hubungan rasmi itu selaras dengan pertukaran nota diplomatik antara misi kedua-dua negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

“Keputusan untuk memulihkan hubungan rasmi antara kedua-dua negara itu dibuat selaras dengan tujuan dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Undang-Undang Antarabangsa dan selaras dengan semangat dan peraturan yang ditetapkan dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik pada 18 April 1961,” menurut kenyataan wakil Korea Selatan di PBB pada Rabu. 

Cuba dan Korea Selatan memutuskan hubungan diplomatik selepas Revolusi Cuba pada tahun 1959.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here