KUALA LUMPUR,  1 Mac – Teater Muzikal Puteri Hang Li Po yang diberi nafas baharu merupakan antara tiga program utama bakal dipersembahkan oleh Istana Budaya (IB) di pentas Encore Melaka, dijangka pada bulan Oktober. 

Ketua Pengarahnya Zubaidah Mukhtar berkata teater muzikal yang mengimbau sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan pernah dipentaskan di Panggung Sari, IB pada 2004 itu dihidupkan kembali sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

“Mengekalkan keaslian jalan cerita dengan beberapa penambahbaikan, lima pementasan (Teater Muzikal Puteri Hang Li Po) ini akan menjadi bukti kerjasama strategik bersama Encore Melaka yang telah menjadi venue persembahan antarabangsa tersohor.

“Istana Budaya akan menjadi sebahagian pemangkin kepada usaha kerajaan melalui MOTAC (Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya) menyemarakkan industri pelancongan budaya melalui Teater Muzikal Hang Li Po yang mempunyai signifikan kepada simbolik sambutan hubungan diplomatik dua negara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Program IB 2024 dan Buku Rekaan Kostum. 

Zubaidah berkata dua program utama lain ialah Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM): Sounds of Malaysia yang mendapat kerjasama beberapa institusi pengajian tinggi selain program Lambang Sari Series yang mendapat sambutan jualan tiket di luar jangkaan (panggung penuh) tahun lepas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here