BEIJING, 22 April – Ekspo Hortikultur Antarabangsa 2024 bakal membuka tirai di bandar Chengdu pada 26 April nanti. 

Pada masa sekarang, kesemua 113 zon pameran di tapak utama dan enam balai pameran telah siap dibina.  

Ekspo kali ini dijangka akan menyerlah dengan mengamalkan konsep “Hijau, karbon rendah, jimat, berterusan, berkongsi dan inklusif”. 

Pelbagai balai pameran akan digunakan dalam penyelarasan ketika berlangsungnya Ekspo, dan kemudian ditukar peranan dan fungsinya setelah berakhirnya Ekspo, iaitu dijadikan muzium hortikultur, pusat kesenian dan kebudayaan dan lain-lain yang sejajar dengan permintaan rakyat dalam kehidupan harian. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here