Aktiviti penayangan  “Musim Karya Visual China” di Serbia anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Radio dan Televisyen Kebangsaan Serbia dilancarkan di Belgrade pada Khamis.

Lebih sepuluh filem dan drama TV terbitan CMG akan disiarkan melalui saluran radio dan televisyen kebangsaan Serbia, dengan tujuannya menunjukkan landskap China pada era baharu yang dinamik dan cergas kepada penonton Serbia, dan mencetuskan visi yang indah untuk saling belajar antara tamadun yang berlainan, melakukan kerjasama yang sama untung dan pembangunan yang sama menang melalui penceritaan kisah yang mengharukan tentang persahabatan antara kedua-dua negara.

Presiden CMG, Shen Haixiong menyatakan bahawa pihaknya bersedia untuk memperkukuh pertukaran dan kerjasama dengan pelbagai lapisan masyarakat di Serbia, negara yang digelar oleh Presiden China Xi Jinping sebagai “kawan besi”,  dan komited menyumbang kepada usaha menyuburkan persahabatan China-Serbia yang “sekuat keluli” sehingga melakar kecemerlangan baharu pada era baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here