BEIJING, 27 April – Anggota Biro Politik Jawatankuasa Tetap Parti Komunis China (PKC) merangkap Menteri Luar, Wang Yi ditemui Setiausaha Negara Amerika Syarikat(AS), Antony Blinken di Beijing pada Jumaat. 

Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat dan mencapai lima konsensus seperti berikut.

Pertama, kedua-dua pihak bersetuju untuk menstabilkan dan mengembangkan hubungan dua hala dengan berpandukan arahan dari pemimpin tertinggi negara masing-masing, mengiktiraf kemajuan yang dicapai dalam kerjasama dan dialog  selepas Pertemuan San Francisco. 

Kedua, mengekalkan pertukaran dan lawatan di peringkat tinggi dan kontak di pelbagai peringkat, terus memanfaatkan mekanisme rundingan yang sudah pulih atau baru ditubuhkan dalam pelbagai bidang seperti diplomasi, ekonomi, kewangan dan perdagangan, meneruskan pertukaran ketenteraan, menggalakkan lagi kerjasama dalam bidang antidadah, perubahan iklim, kecerdasan buatan (AI) dan lain-lain.

Ketiga, mengadakan sidang pertama di bawah Dialog AI antara Kerajaan China-AS, memperkasakan rundingan tentang prinsip dan panduan bagi hubungan China-AS, mengadakan rundingan China-AS pusingan baharu mengenai urusan Asia Pasifik, urusan maritim dan urusan konsular.  

Keempat, mengambil langkah untuk meningkatkan pertukaran dan lawatan keanggotaan antara kedua-dua negara, mengalu-alukan pelajar pihak lain melanjutkan pengajian tinggi di negara masing-masing, dan komited menjayakan Dialog Pelancongan Peringkat Tinggi China-AS di bandar Xi’an pada Mei.

Kelima, mengekalkan perbincangan dan penyelarasan mengenai isu-isu hangat di persada serantau dan dunia. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here