NEW DELHI, 27 April – Menteri Dalam Negeri Afghanistan Khalifa Sirajuddin Haqqani dan Menteri Luarnya Mawlawi Amir Khan Muttaqi menerima kunjungan hormat satu delegasi Malaysia terdiri daripada pegawai kanan daripada Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan dan Pejabat Perdana Menteri.

Dalam satu perjumpaan di Kabul, Haqqani menzahirkan hasrat Afghanistan untuk meningkatkan hubungan dengan Malaysia.

Haqqani memberitahu pegawai Malaysia bahawa rakyat Afghanistan menikmati keamanan serta perpaduan dan Afghanistan mengawal sendiri hal ehwal negara di bawah kerajaan sementara.

Beliau memberitahu delegasi bahawa Afghanistan mahukan hubungan dan interaksi yang rapat dengan seluruh dunia, terutamanya negara-negara Islam. Beliau seterusnya berkata Malaysia adalah sebuah negara Islam yang maju dan kami seharusnya menggunakan pengalaman yang sesuai dengan kedudukan geografi dan sejarah,” kata Kementerian Dalam Negeri Afghanistan dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Malaysia dan Afghanistan juga membincangkan kerjasama dalam latihan kepolisian dan memerangi pemerdagangan dadah.

Datuk Dr Shazelina Zainul Abidin, seorang Setiausaha Rendah daripada Kementerian Luar memberikan penerangan kepada pihak Afghanistan mengenai kepakaran Malaysia dalam keselamatan siber dan memerangi jenayah digital.

Semasa interaksi dengan Menteri Luar Afghanistan pada Rabu, beliau berkata Malaysia sedia untuk menganjurkan program latihan kepada diplomat dan penjawat awam Afghanistan, menurut kenyataan daripada laman sesawang Kementerian Luar Afghanistan.

Menteri berkenaan mengucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Afghanistan sejak bertahun-tahun.

Muttaqi mengetengahkan peluang pelaburan dan perdagangan di Afghanistan bagi meningkatkan libat urus dua hala dan menzahirkan minat negara itu untuk mempertingkatkan hubungan dengan negara Asia Tenggara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here