BEIJING, 29 April – Hendaklah berpandukan arahan Presiden Xi Jinping mendorong pembangunan berkualiti dalam bidang automobil, memperkasa agenda penaiktarafan industri automobil ke arah yang lebih canggih, pintar dan mesra alam melalui perkembangan kenderaan elektrik bateri (BEV) yang boleh diakses ke Internet, memacu inovasi industri melalui kemajuan sains dan teknologi, meningkatkan tahap keterbukaan, memperincikan pelaksanaan projek kerjasama dengan luar dan bertindak pantas memenuhi malah mencetuskan permintaan pasaran.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Qiang ketika meninjau perjalanan Pameran Automobil Antarabangsa Beijing 2024 pada Ahad.

Pameran yang bertemakan “Era Baharu, Automobil Baharu” itu telah membuka tirainya di Pusat Pameran Antarabangsa China di Beijing pada 25 April.

Li Qiang memilih mengunjungi sebahagian zon pameran kenderaan yang masing-masing berjenama Dongfeng, BYD, Zhiji, Jiyue, BMW, Geely, Xiaomi, Celes dan Xiaopeng, meninjau model dan teknologi kenderaan yang ditunjukkan, bertemu mesra dengan sebahagian petugas perusahaan di samping bertanya tentang isu penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran dan penjualan yang terbabit.

Li menegaskan bahawa di sebalik pasaran BEV domestik dan global yang terus berkembang, BEV yang dilengkapi akses pintar ke Internet boleh dikatakan adalah hasil kerjasama industri dalam senario global dan memerlukan pelbagai pihak yang mempunyai keunggulan masing-masing memperincikan pelaksanaan kerjasama dan pembahagian kerja. China akan terus mendorong perkembangan pasaran domestik, meningkatkan tahap keterbukaan kepada luar, melonggarkan akses pasaran, memudahkan perdagangan dan pelaburan dalam suasana bebas, menyeragamkan layanan kepada sektor korporat dari dalam dan luar negara dan meningkatkan pertukaran antara syarikat automobil domestik dan asing dalam bidang modal, teknologi, pengurusan dan sumber manusia, supaya  berkongsi peluang pasaran dan mewujudkan pembangunan bersama yang sama menang dalam pembaharuan teknologi dan transformasi industri.

Untuk rekod, pameran yang berlangsung  hingga 4 Mei itu telah menyaksikan penglibatan sebanyak 6,000 pempamer dari lebih 600 bandar di puluhan negara, manakala terdapat hampir 20 jenama BEV baharu diatur membuat debut dan majlis pelancaran untuk 278 model baharu telah diadakan. Kedua-dua angka tersebut dilaporkan merupakan rekod baharu dalam sejarah temasya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here