BEIJING, 29 April – Presiden Republik Suriname, Chandrikapersad Santokhi menyatakan bahawa lawatan beliau ke China menggambarkan ikatan bersejarah antara kedua-dua negara, antaranya termasuk pertukaran lawatan kalangan rakyat kedua-dua negara dalam tempoh 170 tahun lalu, hubungan diplomatik selama 48 tahun, pembinaan bersama  di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan pesta filem China yang diadakan di negaranya pada bulan Mac lepas.

Sempena ulang tahun kelima Perkongsian Strategik China-Suriname, Presiden Santokhi telah mengadakan lawatan rasmi ke China pada 11 hingga 17 April.

Dalam temu bual dengan wartawan Kumpulan Media Negara (CMG), Santokhi berkata walaupun kedua-dua negara ini skalanya berbeza dan juga berjarak jauh, tetapi beliau dan Presiden Xi Jinping bersepakat menganggap bahawa hubungan kerjasama kedua-dua negara patut didorong memasuki satu fasa baharu malah dipertingkat ke satu tahap baharu. Kedua-dua negara dikehendaki terus memperkasakan kerjasama dalam bidang tradisional termasuk kebudayaan, perdagangan, komersial, pertukaran lawatan kalangan rakyat dan pelancongan serta meneroka bidang kerjasama baharu yang sudah berhasil pada peringkat awalnya di sebalik situasi dunia yang penuh dengan cabaran baharu.

“Kami sudah menandatangani banyak perjanjian, seperti yang melibatkan bidang keselamatan makanan. Terdapat sebuah projek bantuan teknikal (pertanian) China di Saramacca yang dijalankan pasukan teknikal China berdasarkan aplikasi sains dan teknologi canggih untuk meningkatkan pengeluaran pertanian tempatan. Di samping itu, pasukan itu juga menawarkan latihan kepada petani tempatan, mengajar mereka bagaimana untuk meningkatkan pengeluaran makanan, memupuk tanaman babaru jenis premium dan mencegah serta menangani serangan serangga perosak dan gangguan penyakit.”

“Menyentuh tentang isu perubahan iklim yang merupakan isu global, saya baru sahaja mengadakan perbincangan dengan perusahaan China dari sektor pertanian dan perhutanan dan kami mencapai kata sepakat mengenai kerjasama dalam pengurusan hutan secara lestari, panduan dasar serta sokongan teknikal. Sebagai sebuah negara karbon-negatif, Suriname diliputi hutan di 93% wilayahnya. Kami memerlukan sokongan teknikal untuk mengekalkan situasi ini. Semua yang tersebut boleh dijadikan bidang kerjasama Baharu,” kata beliau.

“Kami akan melaksanakan projek dan rancangan pembinaan infrastruktur baharu dalam rangka BRI yang menekankan pembinaan bersama dan mempertimbangkan kerjasama kami dalam konteks serantau. Guyana dan Suriname sebagai dua negara Amerika Selatan yang tergolong dalam Komuniti Caribbean, merancang untuk membina satu jambatan yang menghubungkan kedua-dua negara dan berharap mendapat sokongan pembiayaan dari China,” tambah Presiden Santokhi.

Pada Mei 2018, Suriname menjadi negara Caribbean pertama yang menandatangani memorandum persefahaman kerjasama BRI dengan China. Dalam kerangka pembinaan bersama BRI, kedua-dua pihak bukan sahaja telah melaksanakan projek mega yang melibatkan nasib bangsa tetapi juga mengendalikan sebahagian program kecil-kecilan yang berkait rapat  dengan hidup rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here