Isteri Presiden China Xi Jinping, Prof Peng Liyuan mengadakan kunjungan ke Muzium Orsay ditemani isteri Presiden Perancis Emmanuel Macron, Brigitte Macron, di Paris pada petang Isnin.

Peng berkata bahawa rakyat dari China dan Perancis amat berminat akan seni lukis. Beliau berharap kedua-dua negara akan mengadakan lebih banyak interaksi dalam bidang ini demi memperdalam persefahaman antara satu sama lain.

Peng berharap seniman dari kedua-dua negara dapat mempergiat pertukaran lawatan, memberi inspirasi antara satu sama lain untuk mencipta karya seni yang lebih gemilang.

Kedua-dua wanita pertama tersebut juga sempat berbual-bual mesra dengan pelajar tempatan di muzium itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here