KUALA LUMPUR, 26 Sept — The Galaxy Note10 dinamakan sebagai telefon pintar pertama yang diperakui bagi standard baharu teknologi kesalinghubungan, Wi-Fi 6 oleh Wi-Fi Alliance.

Samsung Electronics Co Ltd dalam kenyataan hari ini berkata Galaxy Note10 merupakan satu daripada peranti dan telefon pintar pertama diklasifikasikan mempunyai Wi-Fi CERTIFIED 6 TM.

“Bersama-sama Galaxy S10, kami membawakan bersama Wi-Fi 6 kepada pelanggan setia,” menurut Naib Presiden Bahagian IT dan Komunikasi Mudah Alih Technology Strategy Group, Inkang Song.

Wi-Fi Alliance telah menerajui pembangunan industri bagi standard peranti yang dipersetujui sejak sekian lama dan dengan pelancaran Wi-Fi 6 pada tahun ini, pensijilan baharu juga diwujudkan bagi memastikan ia sentiasa dapat memenuhi standard tertinggi.

Teknologi Wi-Fi 6 dibina berdasarkan prestasi generasi Wi-Fi sebelum ini dan merupakan teknologi terkini yang akan dilancarkan oleh Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (IEEE).

Peranti mudah alih Samsung yang dilengkapi Wi-Fi CERTIFIED 6 TM akan memberikan prestasi lebih diyakini dalam berhadapan persekitaran yang mencabar.

Susulan kerjasama erat dengan Wi-Fi Alliance, Galaxy Note10 dan Galaxy S10 kini menawarkan kesalinghubungan Wi-Fi 6.

Ia memberikan sambungan Wi-Fi yang lebih pantas kepada pengguna walaupun di tempat-tempat sesak, panggilan video berkualiti tinggi, selain penstriman berdefinisi tinggi yang lebih lancar.

Untuk maklumat lanjut, layari Samsung Newsroom Malaysia atau https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-note10/.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here