KUALA LUMPUR, 22 Okt — U Mobile Sdn Bhd menandatangani Surat Hasrat (LOI) dengan Huawei Technologies Malaysia untuk menjalin usaha sama dalam segmen 5G, sebagai persediaan untuk syarikat telekomunikasi itu melancarkan 5G tahun depan selepas perimeter kawal aturan ditetapkan.

Menurut kenyataan bersama syarikat berkenaan, majlis menandatangani LOI itu berlangsung di ibu pejabat Huawei di Dongguan, China.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) U Mobile Wong Heang Tuck berkata usaha sama itu akan meliputi ujian langsung 5G di Malaysia bagi memastikan manfaat maksimum diperoleh apabila pelancaran 5G secara komersil dilakukan di Malaysia.

Sementara itu, CEO Huawei Malaysia Michael Yuan berkata syarikatnya bangga bekerjasama dengan U Mobile untuk meneroka kepimpinan teknologi Huwwei 5G dalam kelajuan Gigabit, sampukan ultra-rendah serta rangkaian komuniksi besar-besaran di Malaysia.

“Kami tidak sabar lagi untuk berkembang bersama-sama sebagai pemboleh teknologi dan peneraju dalam inovasi perkhidmatan 5G,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here