KUALA LUMPUR, 22 Jan — Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM) melancarkan satu klip video, yang juga bertujuan memperingati ulang tahun kelima persatuan berkenaan tahun ini.

Menerusi klip itu, pihak persatuan menyampaikan ucap selamat kepada rakyat China serta Malaysia, dan berharap agar dapat terus memupuk kerjasama dalam sains dan teknologi antara dua negara.

Presiden PUCM Datuk Keith Li memberitahu Bernama bahawa persatuan itu akan terusa berusaha memupuk kerjasama dalam sains dan teknologi antara dua negara, termasuk dengan membawa lebih banyak teknologi kecerdasan buatan dari China (AI) dan teknologi pintar ke Malaysia bagi membantu pembangunan teknologi tempatan,”katanya.

Klip video berdurasi tiga minit (https://youtu.be/KWmDq4-6wrQ) memaparkan kehebatan AI dan teknologi pintar serta laporan pencapaian utama PUCM sejak lima tahun lepas, termasuk ucapan tahniah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, rakaman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah merasmikan majlis makan malam sempena ulang tahun PUCM tahun lepas, pameran Teknologi Pintar China yang pertama di Malaysia, acara-acara kebajikan dan sebagainya.

Li berkata acara-acara itu telah menempatkan PUCM sebagai bahagian yang amat penting dalam persahabatan dua hala.

PUCM yang dibangunkan pada tahun 2015 mempunyai 140 ahli, termasuk 50 dari kalangan ahli dari negara China yang berkahwin dengan rakyat Malaysia.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here