KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) — Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) akan menjalin kerjasama rapat dengan kerajaan bagi membendung ancaman jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden Matta Datuk Tan Kok Liang berkata persatuan itu mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia serta garis panduan yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Industri termasuk penerbangan, hotel, kedai makanan dan minuman, taman tema, pengusaha pelancongan serta pemandu pelancong telah bertindak meningkatkan tahap kebersihan selain mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya bagi melindungi kesejahteraan pelancong.”

“MATTA yakin dengan usaha kerajaan Malaysia dan langkah yang diambil dalam menangani krisis ini serta mengulangi bahawa Malaysia adalah selamat untuk pelancong,” katanya.

Beliau berkata pemain industri digesa untuk menjalankan perniagaan seperti biasa namun kekal berjaga-jaga dalam meningkatkan langkah keselamatan seperti yang disaran oleh pihak berkuasa. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here