Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) — Seorang wanita warga China dari Wuhan disahkan individu terbaharu positif kluster Novel Koronavirus 2019 (2019-nCoV), menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara kini berjumlah 16 kes.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pelancong berumur 67 tahun itu merupakan ibu kepada kawan wanita yang disahkan positif koronavirus pada 6 Feb lepas. 

“Mengambil kira kes terbaharu ini adalah kontak rapat kepada kes berkenaan, beliau telah diarahkan untuk tidak ke mana-mana bagi menjalani Perintah Pengawasan dan Pemantauan. 

“Selepas ujian pengesanan dan pengesahan dibuat dan dilaporkan positif pada 7 Feb, wanita itu telah dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan berada dalam keadaan stabil,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini koronavirus di sini hari ini. 

Beliau berkata ini menjadikan jumlah individu yang disahkan positif koronavirus di Malaysia adalah sebanyak 16 orang, yang terdiri daripada 12 warga China dan empat tempatan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here