Wen Bin dan Li Ran menggunting rambut pasukan perubatan.

WUHAN, 15 Feb — Hari Valentine ini, Wen Bin dan Li Ran telah membuat temujanji untuk ke New Beacon Shangju Hotel dengan memberikan potongan rambut percuma kepada ahli-ahli pasukan perubatan yang tinggal di sini.

Wen Bin yang berusia 30 tahun dan kekasihnya yang berusia 24 tahun, Li Ran adalah pendandan rambut di salon rambut terkenal di Wuhan. Beberapa hari kebelakangan ini, mereka tidak berhenti-henti menyokong pasukan perubatan kawasan wabak Covid-19 yang tinngal di Vienna Hotel, Optik Valley Kingdom Plaza Hotel dan tempat-tempat yang lain, dengan potongan rambut percuma untuk lebih daripada 150 kakitangan perubatan.

“Kakitangan perubatan yang bergegas ke Wuhan dari pelbagai tempat di negara China harus memakai pakaian pelindung yang tebal di garis depan pencegahan dan pengendalian wabak. Rambut panjang memang tidak sesuai dan mungkin menyusahkan. Saya amat terharu apabila seorang gadis meminta supaya membotakkan kepalanya. Kejadian ini tidak pernah saya temui walaupun sudah lebih daripada 10 tahun di bidang ini.” Kata Wen Bin.

Kebelakangan ini, Wen Bin dan Li Ran serta rakan-rakan lain telah membentuk pasukan pemotong rambut sukarela. Mereka memandu sendiri ke tempat penginapan pasukan perubatan dengan membawa alat gunting rambut. Mereka bekerja dari jam 6 petang sehingga 12 malam, dengan memberi potongan rambut percuma untuk seramai 20-30 orang pada setiap waktu ini.

“Memberi potongan rambut percuma kepada kakitangan perubatan yang datang ke Wuhan demi pencegahan dan pengendalian wabak ini, kami berasa amat bangga. Kami akan berterusan sehingga wabak berakhir dan semoga epidemik ini akan berakhir tidak lama lagi.” Kata Wen Bin.

Sumber : China News Service

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here