KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) sedang bekerjasama dengan pihak kesihatan negara untuk mengesan kontak rapat seorang kakitangan mereka yang disahkan dijangkiti penyakit coronavirus 2019 (COVID-19).

Khazanah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya turut mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan kesihatan dan keselamatan setiap kakitangan mereka.

“Pihak kesihatan memaklumkan, ada seorang pekerja kami disahkan positif virus COVID-19 dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan.

“Khazanah kini sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kesihatan dan pengurusan premis pejabat kami untuk mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kesihatan dan keselamatan semua kakitangan kami dan orang di sekeliling mereka.

“Ini termasuk membantu pihak berkuasa kesihatan dalam mengenal pasti individu yang telah berhubung dengan kakitangan berkenaan,” katanya.

Khazanah turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku ketika langkah pencegahan itu dijalankan namun operasi akan dijalankan dengan gangguan minimum.

–BH Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here