PM UK BORIS JOHNSON

LONDON, 6 April (NNN) — Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson dimasukkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan selepas menunjukkan gejala berkaitan COVID-19, 10 hari selepas diuji positif dengan penyakit itu, lapor The Guardian.

Memetik seorang jurucakap Downing Street, Perdana Menteri UK itu dimasukkan ke hospital pada Ahad malam atas nasihat doktornya.

Beliau dimasukkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga selepas berterusan menunjukkan gejala penyakit itu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here