KUALA LUMPUR, 11 Julai — Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada pasaran kewangan.

Bagi minggu yang baru berakhir, kadar faedah semalaman Islam masing-masing pada 1.78 peratus, 1.83 peratus dan 1.87 peratus.

Sepanjang minggu ini, BNM menjalankan operasi pada kadar harian bagi mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menawarkan pelbagai tender iaitu tender pasaran wang konvensional, tender pasaran wang lelongan matang pelbagai Islam, tender Qard dan tender repo berbalik. 

Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik dan kemudahan urus niaga Murabahah komoditi bercagar.

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional bagi minggu yang baru berakhir ini merosot kepada RM24.58 bilion daripada RM29.02 bilion pada minggu lepas manakala dalam sistem Islam ia susut kepada RM16.34 bilion daripada RM24.62 bilion sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here