KUALA LUMPUR, 20 Julai — Kerajaan sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di tempat-tempat awam susulan ancaman COVID-19 masih belum berakhir, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau berkata perincian mengenainya akan diumumkan apabila peraturan yang berkaitan dimuktamadkan oleh kerajaan.

“Dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, setiap individu, keluarga dan komuniti adalah petugas barisan hadapan atau frontliners. Ahli keluarga dan anggota masyarakat mestilah sentiasa menasihatkan dan mengingatkan antara satu sama lain (memakai pelitup separuh muka). 

“Ibu bapa mesti sentiasa ingatkan anak-anak supaya sentiasa memakai pelitup (separuh) muka ketika keluar dari rumah, jaga penjarakan sosial, sentiasa membasuh tangan, elakkan tempat sesak, jangan berjabat tangan dan lain-lain,” katanya dalam perutusan khas mengenai perkembangan terkini PKPP.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here