KUALA LUMPUR, 28 Julai — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan melonggarkan syarat kelayakan dan ujian kemasukan bagi pengambilan anggota wanita ke pasukan itu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin berkata usaha itu bagi menarik minat lebih ramai wanita menyertai badan beruniform itu.

Jelasnya, ketika ini kuota pengambilan untuk pegawai wanita bagi gred lantikan adalah sebanyak lima peratus dan KPKT menyasarkan kuota dapat ditingkatkan sehingga 10 peratus.

“KPKT beri panduan untuk longgar ujian (fizikal) yang keras.

“Skop kerja bomba melibatkan wanita juga banyak termasuk kaunseling mangsa trauma wanita dan kanak-kanak, perkhidmatan kecemasan kepada wanita dan kanak-kanak dan bahagian pentadbiran,” katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here