BEIJING, 4 Mei — Perbelanjaan di pasaran domestik China menyaksikan peningkatan ketara semasa cuti panjang sempena Hari Pekerja yang bermula pada 1 Mei.

Menurut Statistik keluaran China UnionPay, jumlah transaksi dalam talian merekodkan sebanyak RMB754.3 bilion atau kira-kira RM471 bilion untuk dua hari pertama.

Ia secara tidak langsung menyaksikan peningkatan 5.5 peratus berbanding tahun lepas.

Bagi memacu perbelanjaan domestik sempena cuti itu, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan termasuk Bulan Promosi Perbelanjaan Kebangsaan 2021 sempena ‘Pesta Beli-belah 5 Mei’ Shanghai yang dilancarkan pada 1 Mei.

Acara itu menyasar untuk memulihkan perbelanjaan pasaran domestik daripada impak wabak COVID-19, selain merancakkan kitaran antara pasaran domestik dan antarabangsa.

Untuk rekod, ia turut merangkumi kempen promosi di seluruh negara.   

Selain itu, pasaran perbelanjaan China juga memperlihatkan trend kepelbagaian apabila perbelanjaan bersifat hiburan seperti festival muzik dan menonton filem semakin popular. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here