KOTA KINABALU,6 Nov: Sebuah pusat peranginan popular di sini menjarakkan diri dari kluster Sutera yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan semalam dengan berkata, ia tiada kaitan dengan mereka.

Sutera Harbour Resorts (SHR) berkata, kluster Sutera tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan pusat mereka, sebaliknya ia merujuk kepada sebuah tapak pembinaan di luar kawasan pusat peranginan itu.

“Di Sutera Harbour Resorts, kami 100% komited mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kementerian. Kami mengambil semua langkah perlu bagi memastikan tetamu dan kakitangan kami selamat.”

Pusat peranginan itu menempatkan Magellan Sutera Resort bertaraf 5 bintang, hotel Pacific Sutera dan Sutera Harbour Golf and Country Club.

Kluster Sutera adalah antara 5 kluster baru Covid-19 yang dikesan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah semalam.

Noor Hisham berkata, kluster Sutera dikesan di sini apabila pesakit indeks didapati positif pada 2 November selepas menunjukkan gejala.

32 orang disaring setakat ini dengan 15 didapati positif dan 6 negatif. Sebelas masih menunggu keputusan ujian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here