BEIJING, 30 Nov — Sempena berlangsungnya Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) di Nanning, Guangxi, China, turut diadakan Forum Kebudayaan China-ASEAN, Pameran Kebudayaan CAEXPO, Pameran Kartun, Animasi dan Permainan CAEXPO bertujuan mendorong pertukaran sosiobudaya antara China dengan negara ASEAN.

Sepanjang acara Minggu TV China-ASEAN kedua pula, sejumlah karya audio-visual dipilih sebagai program terbaik dan beberapa perjanjian kerjasama strategik dimeterai antara institusi media dengan syarikat kebudayaan China dan negara ASEAN.

Pada masa ini, bukan sahaja banyak karya filem dan televisyen China dipasarkan di negara ASEAN, platform media baharu China juga telah menjadi penggerak baharu bagi penyebaran program dihasilkan anggota ASEAN.

Mekanisme dialog pertukaran kebudayaan pelbagai peringkat China-ASEAN juga sedang dilaksanakan.

“Kami sedang berusaha untuk mendorong penggabungan media, membina sistem pintar yang melibatkan perkembangan radio, filem dan televisyen selain meningkatkan keupayaan tadbir urus. Kami ingin berkongsi pengalaman perkembangan, dan hasil yang tercapai dengan ASEAN, ” ujar Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Radio dan Televisyen Negara (NRTA) China, Meng Dong.

Beberap tahun kebelakangan ini, China berusaha memperkenalkan format baharu dalam sektor kebudayaan agar ruang kerjasama antara China dengan ASEAN dalam sektor ini dapat diperluaskan.

Kerjasama itu merangkumi kepelbagaian pertunjukan kesenian tradisional  termasuk, penghasilan karya filem dan televisyen,  penerbitan majalah berkala, kartun, animasi dan permaian selain pameran kebudayaan serta aktiviti arkeologi.

Ia juga termasuk permohonan status Warisan Dunia UNESCO sehingga kedua-dua pihak dapat mencari ilham daripada tamadun masing-masing dan meningkatkan persefahaman antara satu sama lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here