BEIJING, 30 Nov — Indeks pengurus pembelian (IPM) China pada November mencatat 52.1 peratus meningkat 0.7 peratus berbanding bulan lalu dan paling tinggi tahun ini.

Indeks ini telah dikekalkan pada 51 peratus dan ke atas selama lima bulan berturut-turut, mencerminkan trend pemulihan ekonomi China yang stabil.

Demikian menurut laporan bersama Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) dengan Pusat Pengajian Industri Perkhidmatan Biro Perangkaan China (NBS) hari ini.

IPM adalah indikator pemantauan dan standard amaran awal ekonomi makro yang diiktiraf umum di peringkat antarabangsa.

Biasanya 50 peratus dilihat sebagai titik genting, iaitu lebih tinggi daripada 50 peratus mencerminkan peningkatan ekonomi; dan sebaliknya kurang daripada 50 peratus menandakan kemerosotan ekonomi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here