BANGI, 30 Nov– Kerajaan dijangka memperoleh hasil kutipan cukai untung luar biasa daripada sawit sekitar RM500 juta pada 2021 jika harga minyak sawit mentah (MSM) mencatat antara RM3,000 hingga RM3,500 setan metrik berbanding jangkaan RM348 juta tahun ini.

Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata kutipan hasil tersebut tidak mustahil sekiranya harga MSM kekal berterusan pada paras melebihi RM3,000 setan metrik.

“Jangkaan hasil sebanyak RM348 juta bagi tahun ini adalah anggaran peningkatan harga MSM bermula sejak Jun. 

“Kita berharap dengan pengeluaran dan permintaan serta keadaan cuaca yang baik, adalah tidak mustahil ia boleh mencecah sekitar RM500 juta tahun depan, ketika negara menghadapi cabaran ekonomi,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here