PUTRAJAYA, 23 Dis — Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin bersedia memberi taklimat kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkenaan pemerolehan vaksin COVID-19 termasuk kosnya secara terperinci.

Namun katanya ahli jawatankuasa itu perlu patuh pada syarat kerahsiaan yang ditetapkan syarikat pengeluar vaksin. 

Beliau berkata taklimat itu bagi menjawab kenyataan pemimpin DAP Lim Kit Siang yang mendakwa Malaysia membayar harga vaksin COVID-19 kira-kira 20 kali ganda lebih tinggi berbanding harga yang dibayar kerajaan Belgium.

“Buat masa ini, oleh kerana bukan hanya Malaysia tetapi setiap kerajaan tertakluk dengan syarat kerahsiaan, kita tidak boleh memperincikan harga berdasarkan setiap pengeluar vaksin. 

“Kalau kita langgar syarat ini, akan menjejaskan perjanjian kita dengan syarikat-syarikat pengeluar vaksin. Ini adalah syarat mereka, bukan syarat kita,” katanya pada sidang media berhubung perkembangan perolehan vaksin COVID-19, di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here