KUALA LUMPUR, 19 Feb — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibenarkan pulang hari ini setelah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lepas.

Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada para doktor dan petugas di Unit Kecemasan Hospital Putrajaya dan IJN atas kecekapan dan profesionalisme tinggi, selain semua pihak yang mendoakan kesihatannya.

“Sepanjang tempoh rawatan, saya turut mengikuti perkembangan berita dalam dan luar negara, khususnya berkenaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Dasar Perpaduan Negara yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, selain pelbagai langkah yang diambil bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dan pemulihan semula ekonomi negara.

“Semoga semuanya dapat dijayakan dengan dukungan bersama,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya.

Ahli Parlimen Marang itu dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas dilapor mengalami sesak nafas sebelum dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut pada Isnin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here