KUALA LUMPUR, 17 April  — Top Glove Corporation Bhd telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan National Taiwan University (NTU) bagi menarik lebih ramai bakat global ke arah mencapai matlamatnya untuk menjadi syarikat Fortune Global 500 menjelang 2030. 

Pengeluar sarung tangan terbesar dunia itu dalam satu kenyataan berkata MoU itu menandakan permulaan perkongsian tiga tahun, yang akan membolehkan syarikat memanfaatkan kepakaran NTU dalam penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan industri pembuatan penjagaan kesihatan. 

Graduan NTU juga berpeluang bekerja dengan Top Glove. 

Sekarang ini, 600 pelajar Malaysia sedang melanjutkan pelajaran di universiti itu.

Pengarah Urusan Top Glove Datuk Lee Kim Meow berkata syarikat itu menyedari bahawa ia perlu terus mengikuti perkembangan terkini dan mendahului trend global dalam sektor pembuatan penjagaan kesihatan. 

”Perlu diingatkan bahawa teknologi yang mengganggu seperti robotik, Internet Pelbagai Perkara serta automasi dijangka akan membentuk semula landskap perniagaan secara drastik daripada apa yang ada pada hari ini, kami yakin kerjasama kami dengan NTU akan membolehkan kami berkembang maju dalam masa depan yang kompleks dan sentiasa berubah- ubah,” katanya. 

Top Glove turut mengumumkan hasrat untuk bekerjasama dengan universiti terkemuka yang lain, khususnya yang berada di rantau Asia bagi menyokong rancangan pengembangannya iaitu peningkatan kapasiti pengeluaran dengan tambahan 100 bilion keping sarung tangan mulai tahun kewangan 2021 hingga tahun kewangan 2025.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here