GUANGZHOU, 25 April — Lebih 300 syarikat dijangka menyertai Ekspo Penerbangan dan Aeroangkasa Antarabangsa China atau ‘Airshow China’ ke-13, kata Timbalan Ketua Setiausaha Jawatankuasa Eksekutif Airshow China merangkap Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Am Kerajaan Bandar Zhuhai, Zhou Zuode

Kerja-kerja persiapan ekspo yang akan diadakan di bandar Zhuhai pada 28 September hingga 3 Oktober itu sedang giat dilaksana. 

Dalam satu sidang media pada Jumaat lalu, Zhou berkata antara syarikat yang dijangka mengambil bahagian ialah dari Rusia, Perancis, Amerika Syarikat, Brazil, Australia dan Mexico.

Hampir 80 peratus ruang pameran dalaman seluas 100 ribu meter persegi itu sudah ditempah.

Ruang pameran di bahagian luar pula pula dilaporkan seluas 360,000 ribu meter persegi bersamaan dengan enam padang bola sepak bersaiz standard.

Selain melibatkan syarikat domestik utama yang terbabit dalam bidang aeroangkasa, senjata, dan elektronik, syarikat aeroangkasa antarabangsa terkenal seperti Boeing, Embraer, GE Aviation, Honeywell, Meggitt, Parker Aerospace, Eaton SAIC, Angji Avionics juga akan membuat penampilan dalam pameran tersebut.

Beberapa syarikat itu turut menempah kawasan pameran yang lebih luas berbanding sebelum ini.  

Dalam ekspo kali ini, “Pameran Awan” turut dilancarkan sekali gus membolehkan pengunjung menyertai forum berkenaan, menonton pertunjukan penerbangan dan kemudahan yang dipamerkan dalam talian pada bila-bila masa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here