BEIJING, May 31 — China kini membenarkan pasangan berkahwin untuk mempunyai tiga anak, sekali gus dilihat melonggarkan dasar perancangan keluarga ketat yang dilaksanakan di negara itu.

Media tempatan Xinhua melaporkan langkah itu dilakukan selepas bancian menunjukkan masyarakat China semakin berusia.

“Bagi menangani kebimbangan masyarakat negara ini yang semakin berusia, pasangan boleh memiliki tiga anak,” jelas laporan Xinhuadengan memetik mesyuarat jawatankuasa kepimpinan Politburo dipengerusikan Presiden Xi Jinping.

China memperkenalkan dasar satu anak pada akhir 1970an dalam usaha memperlambatkan pertumbuhan penduduk.

Dasar itu kemudian dinilai semula pada 2016 susulan kebimbangan peningkatan jumlah warga tua, tenaga kerja yang semakin susut dan kemerosotan ekonomi. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here